iPad yang baru dibeli akan mengandungi perisian keperluan asas untuk membolehkan anda serta merta menikmati kepuasan menggunakannya. Antara perisian yang datang sekali dengan iPad ialah Safari, Mail, Photos, Videos, YouTube, iPod, App Store, Notes, Calendar, Contacts, Game Center.
Selepas berjaya menghubungkan iPad dengan wifi network di rumah, saya terlebih dahulu mencuba aplikasi YouTube. Ia membolehkan anda layari video streaming tanpa menggunakan browser. Jika anda suka layari website YouTube, maka anda akan suka perisian YouTube untuk iPad. Dalam keadaan fullscreen, anda dapat menonton video dalam posisi berdiri, duduk mahu pun keadaan berbaring. Kelajuan streaming juga boleh tahan, ini mungkin disebabkan tidak wujud iklan yang memakan bandwidth. Walaupun begitu, saya sedikit kecewa kerana ia tidak mampu untuk muat turun video-video dari youtube.
Untuk pengetahuan anda, buat masa ni Safari dan browser lain untuk iPad tidak compatible dengan flash, jadi semua website yang mempunyai flash video tidak akan dapat dilihat. Maka tidak dapatlah anda menikmati streaming video dari website kegemaraan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments
Post a Comment