First thing first...

Posted by naizem | 10:29 AM | , , , | 0 comments »

Sebelum anda boleh muat turun aplikasi, gambar, video dan lagu ke iPad anda, terlebih dahulu anda perlu muat turun iTunes terbaru di http://www.apple.com/itunes/download/

Install iTunes dalam Mac/PC anda. Kemudian import gambar, video dan lagu yang anda ingin transfer ke iPad ke dalam iTunes. Selepas anda menghubungkan iPad ke Mac/PC anda boleh sync semua media anda ke iPad dan media anda dalam iPad akan backup ke Mac/PC anda.

Test drive wifi dan YouTube

Posted by naizem | 11:28 AM | , | 0 comments »

iPad yang baru dibeli akan mengandungi perisian keperluan asas untuk membolehkan anda serta merta menikmati kepuasan menggunakannya. Antara perisian yang datang sekali dengan iPad ialah Safari, Mail, Photos, Videos, YouTube, iPod, App Store, Notes, Calendar, Contacts, Game Center.

Selepas berjaya menghubungkan iPad dengan wifi network di rumah, saya terlebih dahulu mencuba aplikasi YouTube. Ia membolehkan anda layari video streaming tanpa menggunakan browser. Jika anda suka layari website YouTube, maka anda akan suka perisian YouTube untuk iPad. Dalam keadaan fullscreen, anda dapat menonton video dalam posisi berdiri, duduk mahu pun keadaan berbaring. Kelajuan streaming juga boleh tahan, ini mungkin disebabkan tidak wujud iklan yang memakan bandwidth. Walaupun begitu, saya sedikit kecewa kerana ia tidak mampu untuk muat turun video-video dari youtube.

Untuk pengetahuan anda, buat masa ni Safari dan browser lain untuk iPad tidak compatible dengan flash, jadi semua website yang mempunyai flash video tidak akan dapat dilihat. Maka tidak dapatlah anda menikmati streaming video dari website kegemaraan anda.

iPad-ku...

Posted by naizem | 10:50 AM | , , | 0 comments »

Actually bukan saya punya, tapi hak isteri tersayang. Walaupun begitu, menjadi tanggungjawab saya untuk memahami selok belok penggunaan iPad itu. Jadi blog ini saya buat untuk berkongsi pengalaman saya sebagai pengguna baru iPad.

Kami beli iPad ni kat Apple store di Sunway Pyramid pada 21/12/2010. Kami memilih iPad Wifi 64G (tanpa 3G) pada harga RM 2,149 dan original iPad case pada RM129. Screen protector sold out pada hari itu, so terpaksa la saya pergi beli kat satu kedai Apple accessory kat tingkat atas. Saya beli yang clear screen anti finger print (brand tak ingat dah) pada harga RM90. So total = RM2368.

Reason kami ambik yang 64G sebab kami plan nak masukan semua gambar, video dan audio dalam iPad tu dan tak nak menyesal satu hari nanti tak cukup hdd space. Seperti apa yang saya rasa sekarang sebab tak ambik 3G sekali. Pada asalnya kami ingat sudah memadai sekadar wifi, sebab kat rumah kami dan parents saya kat USJ20 guna wifi dalam rumah. Lagipun kalau pergi mall dan restoran terdapat free wireless (seperti di restoran kawan saya http://www.oshima-restaurant.com) dan kami pada masa tu rasa tak perlu subscrib mana-mana data plan. Tapi sekarang rasa macam menyesal plak tak ambik 3G, sebab ada kalanya timbul keperluan untuk akses internet segera tapi kawasan tu takde wifi. Kalau anda bercadang nak beli iPad, alang-alang ambik je spesifikasi maksimum. Tapi itu pendapat saya la, apa pendapat anda semua?